Saturday 27 February 2010

GIVEAWAY lagi ;)

Luahan hati Unknown pada pukul 00:07 0 comments
:: Sticky Mode::



Sempena bulan CINTA ni, suzikhai ader wat giveaway..
saper tak nak..best tu hadiah2 dia.. tgk la kat banner tu..ader DERMALOGICA lagik..I loike ;)

Cam biasa la, nk masuk contest2 ni mesti la ader TnC kan..tak susah pon sebenarnyer...

1. Sila menjadi follower kepada suzikhai & aisyahscarf. (done!!)

2. Copy & Paste banner di atas. (done!!)

3. Sila sticky mode untuk 2 hari di blog anda. (bisa diatur)

4. Bagitau siapakah referral anda. (in my case, sy jumpa sendiri entry ni kt blog suzikhai)

5. Lastly, sila hantarkan permalink anda di ruangan komen kt blog suzikhai.

ok, DONE!!! hope i will win..nak sgt set dermalogica tu...insyaAllah..Ameeeennnn.....

Untuk maklumat lanjut, sili klik kat SINI ye ;)

Thursday 25 February 2010

GIVEAWAY Baby Cutes Collection

Luahan hati Unknown pada pukul 16:27 0 comments


Sempena pembukaan Baby Cutes Collection, tuan empunya blog nk bagi adiah2 yg cute-miut utk saper2 yang bertuah yg join dia nyer contest..nk tau ngn lebih lanjut, do visit her blog (click sini)

nk join nyer tak susah pon, tak sampai 10 minit pon...

1. just jadi follower Baby Cutes Collection
2. link her blog in your blog list
3. do entry about the giveaway
4. put banner of Baby Cutes Collection kat sidebar blog korang
5. lastly, mail the entry to her or letak kat bahagian comment kt blog Baby Cutes Collection..

ok...DONE!!! simple je kn ;)

My Dream Photoshoot

Luahan hati Unknown pada pukul 15:55 3 comments

wah2~ dengar entry pon cam best kan??erm~~ ni adalah 1 contest yg dianjurkan oleh PDM...

Aku teringin sangat nk ade photographer for my convocation day..tapi my convo day lambat la gak lagi..bulan september nnt..tapi hopefully PDM boleh la bg saya menang...so tak payah la saya nk cari photographer lagi for my convo nnt (^-*).

yerla, penat tau saya belajar kat UIA ni..6 tahun you, semata-mata nak menggenggam segulung ijazah..nak la jugak ader outdoor photography session with my family yang banyak menyokong and membantu saya selama saya bergelar siswazah...please PDM, i want to be a winner (^-*)

so, sape2 yang terbaca entry ni and nak join, bole la klik kat SINI ye for more info ;)

Seindah Nama Secantik Wajah CONTEST

Luahan hati Unknown pada pukul 15:34 0 comments

even aku tak baper sehat arini, tapi aku dok gak ngadap neppy ku ni utk join contest2 yg bloggers lain wat..cube je la nasib kan..mana tau ader rezeki ker kan..hehehe~
erm, ni ada lagi satu contest yang diberi nama "seindah nama secantik wajah".

for more info pasal contest ni, just klik SINI
jom kita join lagi contest..hadiah pon best gak ;)

Wednesday 24 February 2010

Tolong SAYA!!!

Luahan hati Unknown pada pukul 15:41 3 comments
wahai kawan2 sekalian...
i need ur help la~
huhuhuhu..

nk mintak petua dr kawan2 cane nk hilangkan bengkak gusi ni..
huhuhu~ gigi geraham bongsu sy br nk tumbuh...
sakit giler..

saper2 yg dah ader experience tu tau la sakit nyer cam ne..
klu ader petua2 tu, hulur-hulur lah ye..
saya dah tak tahan sangat ni...
rasa cam nak demam je ni
huhuhuhu :(

Tuesday 23 February 2010

Exam + Quiz

Luahan hati Unknown pada pukul 11:22 2 comments
esok aku ader exam ngn quiz la...
huhuhu~
satu pon tak start study lagi..
ok la, nk p study ni..daaa~

Monday 22 February 2010

Cuti-cuti Malaysia @ Zoo Melaka

Luahan hati Unknown pada pukul 22:08 0 comments

oleh kerana internet connection malam ni tersangat la lembab, so aku dapat upload 1 je gambar..huhuhu~
ni gambar aku masa kat zoo...
gambar binatang tak banyak pon yg amik, banyak gambar kitorang je..hehehe~

ni rasanyer 4th time kot aku gi zoo melaka ni..yang bestnyer kat sane ade live performance frm the animals..
time kitorang gi ari tu ader performance frm parrots and Marina(si org utan)
pandai betul dorang ni..
Si Parrots pandai wat Math..magic tu..
and si Marina plak berlakon.heheheh~pandai betul..

Cuaca kat sane sangat la panas..tu yang kemane2 mesti ber"hat" and ber"sunglass"

Sunday 21 February 2010

Pusing (*-*)

Luahan hati Unknown pada pukul 23:17 2 comments
huhuhuhu~
rase cam biul je...
mata dah ngntuk ni, demam + sakit gigi lak tu..
TAPI
tak leh tido lagi, ESOK EXAM QC kul 830am
masih ader yg belom dibaca..huhuhu~

HELP ME!!!

Jom Cuti..

Luahan hati Unknown pada pukul 19:22 0 comments

On 19 to 20 February 2010, all final year materials students had a vacation at Malacca.. Really enjoy that vacation..Thanks to all..

Erm~ ari jumaat tu (19hb) kitorang gerak dari UIA dah agak lambat la..Kul 8am camtu.. Kitorang jes gi ngn kete sendiri je.. Sume skali 7 kete.. Thanks to all the cars' owner ( Wani, Ida, Izan, Dila, Zul, Sufi n Adib)

So, this post jes nk citer pasal perjalanan ke sana jew... pasal vacation, i'll tell in the next post k..yer la, malas nk taip pepanjang cz sok ader exam..nnt after exam i'll post it..insyaAllah...

Masa otw to Melaka, kitorang singgah breakfast kt RnR Seremban..kt sini pon sempat posing..hehehehe ;)..so, layan la gambar2 kat bawah ni..(hehehe, ader 2 je gambar yang kt sini ngn my cam..)







Thursday 18 February 2010

Budak kecik pon PANDAI~

Luahan hati Unknown pada pukul 21:18 3 comments

Tengok gambar anak buah aku ni (Nur Hadfina Damia)...
kecik-kecik lagi dah pandai tadah tangan nak baca doa before makan.
even tak tau nk baca doa mkn, dia akan baca Bismillah ngn Amin...
umur dia ni 1 tahun 11 bulan...
tapi cerdik sesangat..suka sangat main ngn buku...tak la cam Aunty dia ni..hehehehe~ nak selak buku pon malas..ngeh3x~

To Damia, i hope u will be a good daughter :)
LOVE you DEAR!!!

AEON AU2 Keramat

Luahan hati Unknown pada pukul 19:07 0 comments

petang tdi, aku gi lepak2 la kt jj au 2 ngn 1 of my friend.cik ida...
gi sane jes nk cari hadiah utk tukar2 time kat melaka nnt..

oh ya~ lupe lak nk gtau yg tomorrow sampai sabtu, aku tak der..
kitorang ader fun days 4 materials engineering student..
yer la, memasing dah final sem kan..
so, before final exam, baik pegi menghiburkan hati...
pas ni dah tak tau biler lagik dapat jumpa n kuar enjoy cenggini...

erm~ pasal hadiah yg aku beli tu, biasa jer la...
jes a bookmark :) (tapi mahal n exclusive tau)
psssttttt!!! nak tau price nye PM me ye..klu gtau cni nnt mane la tau dak yg dapat tu, terbace lak post ni, kantoi la..heeee~

adiah nyer, not bad la...for me cantik and yang penting adiah ni seswaii
if boy or girl yg dapat.. unisex~


kalau jadi bookmark tu, cenggini la rupanya..cute kan??


ni la bookmark nye ;) so, ok tak utk jadikan present??
*MATER tu, stand 4 MATERIALS*

Wednesday 17 February 2010

Tips for a couple

Luahan hati Unknown pada pukul 15:40 3 comments
Tadi, aku menggodek-godek HD aku, tetiba terjumpa lak tips menjadi 
pasangan bahagia ni..aku pon dah
tak ingat saper yang bagi kat aku menda alah ni..
Lepas baca ni, rasa cam nak share lak ngn korang semua..
All these tips bagus utk korang yg ngh bercinta
mahupun yg dah berkahwin... :)


1.TERIMA SI DIA AGAR DIA MENERIMA ANDA
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain
dari menerima dia seperti sedia kala atau seadanya. "Terima dia sebagai
lelaki atau wanita sejati. Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai
dia, bukan mengubahnya". Jika anda mahu mengubah personaliti seseorang
pasangan atau suami/isteri anda, dia mungkin akan menjadi insan yang
lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.
 
2. FAHAMILAH DIA AGAR DIA MEMAHAMI ANDA
Cuba memahami perangai sedia ada pada seseorang dan sesuaikan perangai
itu dengan diri anda. Adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan
beranggapan bahawa ia tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu
tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan
cara itu suami/isteri akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya
dengan diri anda.
 
3. BERUBAH UNTUK MENIKMATI PERUBAHAN
Sekiranya anda mahu mengubah perangai si dia, malah perangai sesiapa
pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu 
sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk
dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah
sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan
seseorang itu berubah memperbaiki dirinya.
 
4.SANGGUP MEMBERI UNTUK MENERIMA
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah
sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari
seseorang. Dengan itu anda mungkin akan menerima lebih banyak dari apa
yang sanggup anda beri.
 
5.PERCAYA UNTUK DIPERCAYAI
Sekiranya anda tidak mempercayai pasangan anda, janganlah anda harapkan
si dia percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk
pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah
perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya kepada anda
bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar 
pula untuk dia mengubah pendiriannya.
 
6. MENGALAH UNTUK MENANG
Mengenal pasangan bukanlah untuk mengalahkannya atau mencari kelemahan
dirinya, kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama
menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua
kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah
memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau
tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumah tangga
akan menjadi porak-peranda. Dari itu rujuklah kepada agama untuk
menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.
 
7. BERTANGGUNGJAWAB AKAN MENIKMATI KESAN 
    TANGGUNGJAWAB
Sebenarnya tanggungjawab wanita kepada suaminya tidak akan berubah
walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab
suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda
dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak 
perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda di pihak yang benar dan anda
tidak akan rugi apa apa.
 
8. TUNJUKKAN MINAT MENDALAM PADA PASANGAN
Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin
dikatakannya, walaupun tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya,
ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih 
berminatlah dia kepada anda.
 
9. SENYUMAN ITU TANDA KASIH YANG TIDAK PERLU 
    DIBAYAR
Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada orang yang anda
kasihi. Dia akan senyum kembali kepada anda. Betapa nikmatnya senyuman
yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang
dirasakannya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan sesiapa
sahaja suka kepada anda.
 
10.JADILAH PENDENGAR YANG BAIK
Antara masalah besar dalam rumah tangga ialah apabila suami isteri 
tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang
diperkatakan oleh pasangan anda, nescaya dia akan mendengar juga apa
yang ingin anda katakan.
 
11. JANGAN MENYALAHKAN, MINTA MAAF BILA BERSALAH
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya
amat suka mencari kesalahan pasangan, dia akan menganggap anda adalah
seorang yang keras kepala dan keras hati dan sukar dibentuk. Lebih 
buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah membentuk diri anda sebagai
suami atau isterinya. Dan mungkin sebab itu, dia cuba mencari jalan
keluar.
 
12. HIDUP BUKAN HANYA DI DUNIA
Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal 
yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat
adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada pasangan anda dan
berapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.

Hari yang PANAS

Luahan hati Unknown pada pukul 11:47 3 comments
huh!!! panas betul la sejak 2 menjak ni..
mmg bahang sesangat..
rase cam dh tak nk dok mesia agi..
hahahaha~ poyo je!!!

kipas tak yah cakap la..
24 hours on je..
abes la bil elektrik uia bulan ni...
hahahaha~

So, utk kengkawan semua, take a gud care of urself...(reminder 4 me oso)
minum air bebnyak tau..
takut dehydrated pulak nnt ;)

Saturday 13 February 2010

Gong Xi Fa Chai...

Luahan hati Unknown pada pukul 00:07 2 comments
aummmm....taun ni tahun harimau maa...
erm, tak kire la tahun aper pon, yang penting every year, CNY je, aku pon balik la kg even tak celebrate pon..
Yang best nyer, time CNY ni la dapat mkn limau mandarin, sampai tak termakan..hahaha~

May be this is my last entry for this week sampai la 15Feb2010 cz CNY oliday.
insyaAllah 16 feb nnt ader la lagi entry..
aku nak balik kg sok...

oooooooooooo balik kampung...hati girang :)

Thursday 11 February 2010

Busy...busy..busy..

Luahan hati Unknown pada pukul 12:42 2 comments

huhuhu~ dis week mmg i bz sesangat..
ngan exam yg berderet:
10 feb 2010 - Corrosion and Protection
11 feb 2010- Material Selection and Design
12 feb 2010- English for Occupational Purposes

Alhamdulillah dua paper dah selamat...
Tinggal esok je ader lagi 1 paper...
Esok nyer paper relax sket la if nak compare ngn 2 paper yg lepas...

dats y la semalam tak der langsung entry dari aku..
bz sesangat..

sampai nak mkn nasi pon tak sempat malam tadi, just mkn yong tau fu jer..
tu pon sket jer, ater dah tengah malam lapor la lagik..

erm mkn nips je :) boleh la dr tak der mknn langsung





Tuesday 9 February 2010

Squash Racket for S.A.L.E!!

Luahan hati Unknown pada pukul 16:19 3 comments



Sale..Sale..Sale...
Saper2 yang nak beli reket ni leh la tgl msg k..
reket ni kawan aku nyer...dia yg mtk tlg jualkan...
reket ni dia baru je gune baper kali...

harga reket ni just RM 85 je ( bole nego lg..)...







Monday 8 February 2010

Susah nak paham orang yg susah nak paham ni...

Luahan hati Unknown pada pukul 23:55 3 comments
erm, dengar tajuk pon complicated giler,
apatah lagi aku yang melaluinya..(hahahah~ ayat SKEM la plak)
tension giler ngn 1 girl ni...
aper yg lecturer ajar or cakap sumer tak tau..
asyik nak tanyer org jer..
klu sekali dua tak per, ni selalu sangat..
hah!!!! stress giler aku klu cam ni ari2..
bagi keje suh wat, bole lak tanyer nak kene wat per??
abes tu lect cakap kat class kelmarin ko wat per??
yang ko tau, gelak kuat2 je klu kat class tu..
keje satu pon tak tau..huhhhuhu~
pastu banyak la plak alasan ko erk...
tak der itu la inila...
ALASAN je tu...bangang nyer org...( ni aku dah tahap maki org ni mmg aku hangin giler la ni)

Ya ALLAH bagi la kekuatan aku ni utk menghadapi situasi cam ni lagi..huhuhu~ sok jumper lagi dak ni...sabar2..

Serabut la...

Luahan hati Unknown pada pukul 23:25 2 comments
Tengok layout aku ni pon serabut...
tak sempat la nk edit balik..
tu la tadi gatal tgn..
hehehehe~
tak per la nnt la aku wat balik...

Sunday 7 February 2010

Antara Bandung dan Jakarta...

Luahan hati Unknown pada pukul 17:56 8 comments
Dengar tajuk cam lagu Antara Anyer dan Jakarta lak..hehehe... Erm, tetiba arini nk letak lak entry ni..padahal dah lame benda ni berkepuk dalam neppy aku ni..tak per la, at least ader gak entry for today...

Ni aku nak citer pasal my trip to Jakarta and Indonesia last two month..hahahaha~dah lama gak tu..tapi memory kat sana still fresh lagik.. :) aku gi sane on 18-21Dec 2009.

Aku gi sane ngn KLM Royal Dutch..best2...mmg memuaskan service dia..harga pon tak la mahal sangat...

ni gambar kat dalam flight KLM


Flight dari KL to Jakarta lebey kurang 2 jam je..Fligh dari KL kul 530pm cam tu..so sampai sane dah malam la..Kt Indonesia, waktu dorang lewat sejam dari kita kat Malaysia..Dah sampai kat Seokarno Hatta Airpot tu, mak aih lame betul nk tunggu luggage..Dah dapat luggage, terus gi kaunter Silver Bird untuk anta kitorang sume ke Sanno Hotel Airport..
Erm, ingatkan dekat la nk ke hotel, rupanya jauh la gak...Dah sampai hotel, check in and zzzzz....

Sok pagi nyer terus gi Stesyen Keretapi Gambir, nk gi Bandung..Kitorang sumer dapat tiket berdiri jew..huhuhu~ penat seyh nak berdiri 3 jam nk ke Bandung.. Nasib baik la ader cewek ngn cowok ni yg baik..bagi seat kat aku cz member dorg tak ikut.hehehe~thanks :)

Gambar 2 kat atas tu, view dr train otw to Bandung frm Jakarta
Gambar kat bawah lak, taxi ngn bus kat Jakarta..tengok, kat tengah2 jalan pon dorg bole berniaga


Kat Indonesia je ader jual Teh Botol..so, rugi kalau gi sane tak try.even kat McD pon ader jual. ni kitorang minum masa dlm tren.haus sgt..dah la economy class, panas seyh, tak der air-cond.



ni gambar dlm tren masa otw dr bandung ke Jakarta. kali ni amik executive class. baru selesa.sorang tak sampai RM20 pon.tapi mknn tu harga laen tau..


Masa kat Bandung, aku stay kat Jayakarta Hotel..best sangat2 kat situ..Price dia pon boleh tahan la..service pon bagus..Ramai gak artis2 Indonesia yang stay kat sane if gi ke Bandung..
Memang best2 sangat2 kat Bandung.. Syurga membeli-belah..Barang2 especially pakaian mmg murah sangat2.. Banyak factory outlet kat sana..Antaranya rumah mode ngn toko3 la yg femes.ramai giler org mesia yg shopping kat sane. Aku pon dah tak ingat sangat la nama outlet2 tu cz banyak sangat yg aku singgah.. :) kat Pasar Baru lak mmg best klu nak beli kain batik, kain pelikat, baju yg ader sulam2, telekung n byk lagi la..banyak duit aku abes kat sini la...tgk je, semua nak beli...

Bab makan, tak yah risau la...banyak makanan halal kat sane cz majority org Islam kn..Kitorang dapatkan supir yg Islam..so, cakap je nak makan per, nnt supir tu yang bw kita gi sane..Antara tempat mkn yg best kat sane, Kg. Daun, Nasi Padang Sederhana (area Rumah Mode) and Bakso Malang Kapitan (pergh!!!mmg best giler bakso kat sini..) Thanks to supir kitorang, Pak Dadang..saper2 nk gi sane, nnt contact la aku. aku leh bg contact no supir ni..


model aku for this trip ;)
1. Rumah MODE 2. Kavling Stroberi(cam kat cameroon highland) 3. Kg.Daun 4. Nasi Padang sederhana 5.Pasar Baru

Rasa cam nak gi lagi..Tapi bile ea nk dapat gi lagi..kene kumpul duit banyak2 la..klu setakat 1 juta rupiah tu tak cukup klu bagi kat kaki shopping cam aku ni..hehehehe :)

Saturday 6 February 2010

Jenjalan di hujung minggu

Luahan hati Unknown pada pukul 21:38 5 comments

Petang tadi around kul 340 aku ngn fairuz kuar gi jenjalan kat area2 Jalan TAR..sajer je jenjalan di kala hujung2 minggu..sampai sane dah kul 4 lebih...turun je bus, terus gi Maybank, nk bank in kn duit kt mum7kids..

Tetiba tak leh kuar duit la plak duit bank islam arini..huhuhu~ nasib baik la fairuz ader..pinjam la sket duit dia..rupernyer arini Bank Islam mmg under maintenance..semua operasi tergendala..huhuhuhu~

Dah pas bank in duit, gi la jenjalan kat pasar malam Jalan TAR tu..dah lame giler kot tak gi sane..So, aku terjumpe la deco umbrella yang mak aku nak sangat tu..so belikan la satu kat dia..aku dah ader umrella tu..harga pon murah jer kat situ..RM10 je..ok la..samela ngn price yang aku beli ari tu...




ni la payung tu...cantik kan??

Pastu, kitorang pon teruskan misi sebenar kitorang gi jalan TAR tu..nak makan laksa penang akak rugged tu...hehehee~ laksa dah mahal la..satu mangkuk ni dah RM5..nasibbaik la sedap, so, okla mahal sket pon..


Tengah2 makan tu, cuaca mendung giler..so, makan cepat2 and terus gi SOGO..at least klu ujan lebat mane pon ader la tempat berteduh..dah sampai sogo tu, mak aih ramai nyer org..Cina yg nak raya, org melayu gak yang ramai..Aku just window shopping je..ye la, duit tak leh amik..klu ader duit, silap2 ader la gak satu dua barang yang aku grab..hehehehe~



sale kat ruang tengah SOGO tu


Clutch n handbags

Handbag GUESS

I like pink handbag tu..from GUESS..hurm, price dia..
RM499 je..hehehe~ saper nak belikan ea??


Kul 6.45pm camtu kitrang pon amik la bus balik..Sampai je UIA, org dah azan maghrib...cepat2 balik mandi n solat..pas isyak, aku cont blogging sambil tgk tv...best gak cerekarama kat TV3 tonite..citer Masyitah..citer pasal pengorbanan seorang isteri..suami plak tak pernah nak hargai isteri..ishk3x :'(

Lepas abis citer ni, aku nak balik mkn nasi beriani yang aku beli kat pasar malam tadi..huhuhu~perut dah lapar ni...

set nasi beriyani lauk ayam..nyum3x..mesti sedap..tak sabar nak balik makan

H.E.L.P him

Luahan hati Unknown pada pukul 13:37 0 comments
ammar1


Klu kiter tengok gambar ni, nampak ceria jer baby Ammar Danish ni..tp disebalik senyuman tu, dia menanggung kesakitan yang teramat sangat...umur dia baru 2 years old, tapi dah diuji Tuhan..
Dia ngah suffering Patent Ductus Arteriosus (PDA) since birth. sian kn..klu tak tau PDA tu ape, ni ade sikit briefing utk korang

Patent ductus arteriosus (PDA) is a congenital disorder in heart wherein a neonate's ductus arteriosus fails to close after birth. In a persistent PDA, there is an irregular transmission of blood between two of the most important arteries in close proximity to the heart..

So, untuk pembedahan baby Ammar ni, of cos la memerlukan kos yang agak tinggi..so, same2la kiter bantu baby Ammar ni..klu kiter tak ader wang ringgit , dengan doa kepada Allah pon dah dikire sedekah wat baby Ammar.

For more info about baby Ammar, klik je kat banner kat atas tu tak pon go straight te his mom's blog..

Semoga baby Ammar dipanjangkan umur dan cepat sembuh..AMIN...


Menu Tengahariku

Luahan hati Unknown pada pukul 12:48 0 comments

Erm, malas lak rasanya nk gi beli makan kt cafe..
so, ni je la menu aku for tengahari ni..


hot milo & JACOB's Weetameal

okla, dari tak makan langsung...
at least alas gak perut yang kosong ...
thanks to my dear cz belikan stock makanan ni before balik UK aritu...
sambil menyelam minum la air...
ape gune neppy ku kat situ, continue la blogging :)



Royalvegas | TAGBOARD | Casino games | party casino 
Us online casinos
 

~ All about MyLiFe, Health and Beauty~ Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez