Saturday, 9 January 2010

Petua senggugut

Luahan hati Unknown pada pukul 01:13
Senggugut or period pain memang la sakit dia tak leh blah..huhuhuhu~
memang la sakit sangat2..
aku baru jer lepas bace tips2 n petua 2 untuk hilangkan senggugut ni..

ni dier beberapa petua yg aku baru baca...

Petua 1
Senggugut memang menyakitkan. Untuk mengatasinya, ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang
lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah
diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.

Petua 3
Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih
padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4
Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam
dan minum. Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. Insyaallah, mujarab.

Petua 5
Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan
dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul
kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .

Petua 6
Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.


Try la..insyaAllah salah satu daripada petua ni berkesan untuk korang :)

0 comments on "Petua senggugut"


Royalvegas | TAGBOARD | Casino games | party casino 
Us online casinos
 

~ All about MyLiFe, Health and Beauty~ Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez