Wednesday, 17 February 2010

Tips for a couple

Luahan hati Unknown pada pukul 15:40
Tadi, aku menggodek-godek HD aku, tetiba terjumpa lak tips menjadi 
pasangan bahagia ni..aku pon dah
tak ingat saper yang bagi kat aku menda alah ni..
Lepas baca ni, rasa cam nak share lak ngn korang semua..
All these tips bagus utk korang yg ngh bercinta
mahupun yg dah berkahwin... :)


1.TERIMA SI DIA AGAR DIA MENERIMA ANDA
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain
dari menerima dia seperti sedia kala atau seadanya. "Terima dia sebagai
lelaki atau wanita sejati. Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai
dia, bukan mengubahnya". Jika anda mahu mengubah personaliti seseorang
pasangan atau suami/isteri anda, dia mungkin akan menjadi insan yang
lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.
 
2. FAHAMILAH DIA AGAR DIA MEMAHAMI ANDA
Cuba memahami perangai sedia ada pada seseorang dan sesuaikan perangai
itu dengan diri anda. Adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan
beranggapan bahawa ia tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu
tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan
cara itu suami/isteri akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya
dengan diri anda.
 
3. BERUBAH UNTUK MENIKMATI PERUBAHAN
Sekiranya anda mahu mengubah perangai si dia, malah perangai sesiapa
pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu 
sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk
dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah
sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan
seseorang itu berubah memperbaiki dirinya.
 
4.SANGGUP MEMBERI UNTUK MENERIMA
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah
sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari
seseorang. Dengan itu anda mungkin akan menerima lebih banyak dari apa
yang sanggup anda beri.
 
5.PERCAYA UNTUK DIPERCAYAI
Sekiranya anda tidak mempercayai pasangan anda, janganlah anda harapkan
si dia percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk
pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah
perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya kepada anda
bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar 
pula untuk dia mengubah pendiriannya.
 
6. MENGALAH UNTUK MENANG
Mengenal pasangan bukanlah untuk mengalahkannya atau mencari kelemahan
dirinya, kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama
menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua
kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah
memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau
tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumah tangga
akan menjadi porak-peranda. Dari itu rujuklah kepada agama untuk
menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.
 
7. BERTANGGUNGJAWAB AKAN MENIKMATI KESAN 
    TANGGUNGJAWAB
Sebenarnya tanggungjawab wanita kepada suaminya tidak akan berubah
walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab
suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda
dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak 
perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda di pihak yang benar dan anda
tidak akan rugi apa apa.
 
8. TUNJUKKAN MINAT MENDALAM PADA PASANGAN
Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin
dikatakannya, walaupun tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya,
ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih 
berminatlah dia kepada anda.
 
9. SENYUMAN ITU TANDA KASIH YANG TIDAK PERLU 
    DIBAYAR
Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada orang yang anda
kasihi. Dia akan senyum kembali kepada anda. Betapa nikmatnya senyuman
yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang
dirasakannya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan sesiapa
sahaja suka kepada anda.
 
10.JADILAH PENDENGAR YANG BAIK
Antara masalah besar dalam rumah tangga ialah apabila suami isteri 
tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang
diperkatakan oleh pasangan anda, nescaya dia akan mendengar juga apa
yang ingin anda katakan.
 
11. JANGAN MENYALAHKAN, MINTA MAAF BILA BERSALAH
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya
amat suka mencari kesalahan pasangan, dia akan menganggap anda adalah
seorang yang keras kepala dan keras hati dan sukar dibentuk. Lebih 
buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah membentuk diri anda sebagai
suami atau isterinya. Dan mungkin sebab itu, dia cuba mencari jalan
keluar.
 
12. HIDUP BUKAN HANYA DI DUNIA
Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal 
yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat
adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada pasangan anda dan
berapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.

3 comments on "Tips for a couple"

Nekmo on 17 February 2010 at 21:09 said...

huhu..sgt bgus ni punyee tip lohx!!

Unknown on 18 February 2010 at 01:07 said...

tocei2..BieyrA

Unknown on 18 February 2010 at 09:26 said...

sgt2 bgus:) haus di practicekn tu:)


Royalvegas | TAGBOARD | Casino games | party casino 
Us online casinos
 

~ All about MyLiFe, Health and Beauty~ Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez